Dengarlah akan doaku ;'-)


Ya Allah, kau berikan lah hamba ini kekuatan. hambamu ini sangat lemah dalam menghadapi ujian-ujian yang telah kau berikan. aku tahu, selama aku menjalani hari hari aku, aku terlupa menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang ummah. aku leka akan dunia yang hanya sementara ini. aku tahu aku hanya akan mengingati mu apabila aku menghadapi kesukaran dan kesulitan. justeru itu, aku memohon kau berikan lah aku hidayah dan rahmat mu untuk aku berubah kejalan mu. menunaikan solat, menutup aurat dan menjalankan tanggungjawab aku. aku tahu aku tidak boleh berputus asa dan kalah dalam setiap masalah. aku pasti membuat perubahan dalam diri. terima kasih ya allah kerana kau masih disisi hamba-hambamu yang memerlukan mu. amin.