Tolak tepi.

Hati sendiri sakit, sibuk fikirkan hati orang lain. Hati sendiri terasa, sibuk fikirkan hati orang lain. Hati sendiri nak dibelai, sibuk nak belai hati orang lain. Hati sendiri terluka, sibuk nak ubatkan hati orang lain. Hati sendiri tak terjaga, sibuk jaga hati orang lain. Kenapa sibuk fikirkan orang lain dulu, Amirah? Aku buat sebab itu yang termampu. Aku buat sebab nak bahagiakan orang, sebab aku tahu takda siapa nak bahagiakan diri aku. Sedangkan aku sendiri boleh cuma tak mampu. Cukup sampai sini sahaja. Cukup... Aku akan buat semua benda tanpa fikirkan siapa pun. Orang akan sakit dengan aku dan aku takkan peduli. Orang akan terasa dengan aku, dan aku takkan peduli. Orang akan marah dengan aku, aku takkan peduli. Orang akan merajuk dengan aku, dan aku takkan peduli. Orang akan benci aku, dan aku takkan peduli. Orang akan sedih dengan aku, dan aku takkan peduli. Orang akan geram dengan aku, dan aku takkan peduli. Mulai saat ini, detik ini. Aku takkan peduli sama sekali. Biarkan semua orang. Biarkan. Fikir diri sendiri dulu Amirah. Diri sendiri yang penting. Orang lain tak penting. Jangan fikir orang lain dah. Kau kena keraskan hati, kuatkan hati kau. Sikit pun jangan terasa dan ambil peduli, Saat kau jatuh, orang tak nampak pun kau. Jadi, sepertimana mereka tak peduli, seperti itu juga kau perlu buat. Kalau ada orang yg sayang kau pun, jangan peduli. Kau jangan kisah. Biarkan apa hati mereka nak rasa. Hati kau dulu, Amirah. Sayangkan diri kau sorang. Tak perlu sayang dan kisah orang lain. Sesiapapun Amirah. Kau kena mula dari sekarang atau kau akan jatuh sampai bila bila. Kau banyak kali jatuh sebab fikirkan hati orang lain. Bangun dan bangkit, Amirah! Cinta dan sayang tu semua dusta. Cukup buat baik dengan orang lain, orang lain takkan nampak kebaikan kau. Orang cuma ambil peluang atas semua tu! Kejam dari saat ini, Amirah. Kejam selagi nyawa dikandung badan, Hati kau dah tak rasa apa dah! Tolak tepi orang lain, diri kau sendiri duluan yang penting.