Pernah?

Pernah tak kau rasa kau sayang sangat 
kat seseorang?

Sampai apa dia buat
apa dia cakap
apa dia fikir
apa dia dengar
apa dia percaya
apa dia suka
apa dia benci
semua kau nak tahu

Sampai kau sanggup maafkan apa juga salah dia
kecil, besar, kau sanggup lupakan
sebab nak lupakan salah tu
lebih mudah dari kalau kau pilih
untuk lupakan dia

Sampai dia kau letak paling atas
apa yang lain cakap
apa kiri kanan bisik
kau dengar tapi kau peduli apa
untuk buang dia? MUSTAHIL.

Sampai kau bukan setakat bayangkan
malah kau doakan.